Anak-anak kami

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 26, 2009

lama tak update..

Mmm...entah kenape semenjak 2 menjak ni mama ni cam malas nak update blog ni... byk cite nak cite tp entahlah cam takde idea plak...hari ni baru ade mood sket nk menulis...mayb disebabkan bz yg agak melampau kot 2 menjak 3 menjak ni....

Last saturday.... mmm ape ek aktiviti mama....mmm...rase sabtu tu aktiviti mama hanya masak memasak je kot...pagi lepas anto ammar p kelas takewando..mama p pasar basah jap cari lauk...tp lauk2 kat situ sungguh tak memberahikan...so, mama decided utk masak asam pedas ikan cencaru with bendi, sayur campur n ikan sela goreng...tk de idea la nak masak2 ni....Petang duk umah je...

Ammar with his uniform
sewaktu sessi latihan

sunday: papa ajak p Aquaria kat klcc....ok gak. Masa mula2 sampai tekejut dah bayo parking..7 hengget...mahai beno..so, kami pun masuk la kedalam utk beli tiket...tanpa menanyakan harga tiket tersebut. Setelah dikira..cashier tu cakap...rm88 puan...nyum nyum..kejut beruk gak mama..mahai upenye nak masuk sini...sib baik bawa duit cukup kalau tak...huhuhuh...cancel jela jawabnye...okla...seronok juga la masuk situ....n anak2 pun ok..tk buat pasal...masa nak kuar tu sempat la juga kami bergambo satu kuarga kat situ... kire gambo family la tu...size 8r 36 hengget. Sempat juga ammar n sarah sambo sorang satu set kaler2, baju pun dapat la gak sorang satu...total=rm80++ gak...huiss berabih gak kat situ....kekekek..takpela asalkan anak2 mama sonok oklan...ni kire sebagai ganti la tak dapat p bercuti masa ammar cuti sekolah kan....dah nak abeh cuti baru teringat tak bawa ammar jalan2 pun..tkpela next cuti sekolah papa kate kita akan p bercuti lagi....

Smlm(rabu) : mama 1/2 day sbb ade kelas amali utk lesen keta mama.. mama tak expect langsung yg mama akan kena bawa kereta today..sbb dalam fikiran mama cikgu just tunjuk camne nak tuka gear, tunjuk mane satu brek n so on...tp cikgu mama ni agak garang sket la..tp ok. Tup tup mama dah kena bajo sume hari ni...caya tak caya mama dah bawa kereta keliling trek harini...huh mmg cam tak caya.Bukan setakat keliling trek je mama dah bajo naik bukit, parking n 3 penjuru...fuh sungguh mengkagum kan...hahahaha..kagum pada diri sendiri...yela mama ni mmg penakut tp akhirnye mmg mama buleh bawa. Masa mula2 bawa tu mmg cam giveup sbb byk kali gak mama salah buat masa naik bukit...n mama byk terlupa apa step yg mama kene buat...tp okla...at last mmg mama leh buat....harap2 mama success utk dapatkan lesen.

Friday, March 13, 2009

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, March 12, 2009

Kelas takewando

Last saturday, ammar dah start kelas takewando. Tp uniform lom dapat lagi. Mama tgk tk ramai kwn2 kelas ammar yang masuk..tp tk tau la kot2 parent lain lom kisah lagi. Tp anak mama ni beria-ia sgt nak join the class. Mama mula2 taknak gak bg die masuk sbb mama takut die penat..tp die dah beriya sgt nak masuk..so mama pun setuju la. Takpe lagipun ia bagus utk kesihatan. Dan jurulatih yg yg ajar tu mmg professional..athlet kebangsaan. So, kurang la risau mama. Apapun yg anak mama lakukan harap ia adalah terbaik utk dirinya sendiri....

Ammar yg seluar cokelat..lom dapat uniform

Huhu..ade gak selit menu..nasi lemak with kangkung celur, timun, ikan bilis goreng, telur rebus n sambal tumis
Lunch plak....nasi ayam......

Tuesday, March 10, 2009

BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN

artikel ni mama dah penah paste kat blog mama ni dulu tp mama nak paste sekali lagi utk tatapan diri mama sendiri dan utk kwn2 mama...

Puji-pujian buatMu Tuhan
Lantara telah menjadikan aku seorang perempuan
Diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam dengan
Seindah kejadian

Akulah si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki
Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya…

Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku
Menjadi tulang belakang suami…
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia, penyejuk mata, pembina semangat
Dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Sumber ketenangan Muhammad SAW
Bebas dari belenggu perasaan keperempuanan yang
Memiliki nafsu sembilan
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan
Suaminya Saidina Ali
Rumahtangga adalah syurga tempat suburnya cinta
Ketuhanan..

Namun, “siapalah aku utk memiliki watak wanita solehah…
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati”
Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf

Dan sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umair
Yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya…
Meskipun aku bukan ibunya yang memiliki peribadi
Semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir
Yang setiap titis darah mampu berzikir
Ke hadrat Illahi..
Mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan
Mujahid –mujahid yang rindu memburu syahid

Monday, March 2, 2009

Upin & Ipin

Semalam tercapai juga hasrat kami nak bawa anak2 p tgk upin ipin. First time anak2 mama tgk wayang..kelako pun ade..sbb sarah siap nangis masa mula2 masuk sbb sound die kuat sngat siap tutup tinga lagi. Abang ammar steady je..menghayati dari mula sampai abeh. Siap hafal lagi dialog tok dalang.....kekekeke...and yg paling kelako nye 1st time masuk wayang macam masuk sekolah tadika...penuh ngan budak dan yg paling kagum tu sampai seat depan pun full...huhuhuh... n kat luar masa amek tiket depa announce yang tiket kol 5.30, 7.30 n 9.30 malam full...huhuhu dasyat sungguh penangan upin ipin ni. Sib baik mama dah booked online..senang gile..takyah pening pale nak beratur panjang...bg je id..n dapat tiket....

Posing dulu sebelum p ke alamanda..siap pakai baju upin ipin....