Anak-anak kami

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 5, 2008

Memori last part...

Selepas adib hakimi di bawa pulang ke rumah..mama la yang menjaga die sepenuhnya. Walau pada masa mama ade pembantu rumah tp mama tak benarkan sesiapa pun sentuh dia. sbb adib hakimi perlu di jaga dengan teliti sbb die mudah terkena jangkitan kuman. Sejak dari itu mama hanya dapat melelapkan mata 30 minit sekali. Sbb usus adib hakimi perlu di bersihkan setiap 1 jam sekali..sbb ianye sentiasa mengeluarkan najis di area perut. Adib
hakimi tak pakai plastik mcm org lain...ususnya hanya di balut dengan kapas sahaja. Jadi mama kene bersihkan usus tersebut dengan hati-hati sbb ia mudah terluka. Mmg bila di fikirkan tak sangka mama boleh buat sume tu...kalau org lain tgk mesti tak sanggup...tp demi anak mama sume tu dah jadi kebiasaan pada mama.

Tarikh 28 feb merupakan tarikh keramat bg kami sbb tarikh itulah usus adib hakimi akan di masukkan semula seperti org lain. Jadi lepas pembedahan ni adib hakimi akan jadi normal seperti orang lain. Mama happy sangat..doc pun tekejut dengan perubahan adib hakimi sbb berat nya sangat memberangsangkan. Bayang dari 1.6kg di hospital..bila mama jaga die dah sampai 3.6 kg. Maknanye adib hakimi sangat gembira bila mama yang jaga dia. Oleh sbb berat nye dah cecah 3kg..doc pun dapat tetapkan tarikh utk masukkan balik usus yang dikeluarkan tu.

Mama berkampung semula di HKL....adib hakimi merupakan pesakit kedua yang menjalani pembedahan pagi tu. Doc dah pesan kat mama mayb adib hakimi akan ditempatkan semula di icu sbb die ade history masalah paru2.Mayb pernafasan nya akan dibantu oleh oksigen kembali. Tp alhamdulillah selepas pembedahan adib hakimi sangat positif..tanpa dibantu alat bantuan pernafasan langsung. Doc pun macam tak percaya...lepas pembedahan mama dah boleh dukung adib hakimi sampai die taknak langsung mama letak die dalam bakul baby. Agaknya die bahagia sangat lepas sume anggota tubuh badan die sempurna seperti sedia kala.

Selepas 2 hari adib menjalani pembedahan, die sudah boleh buang air besar seperti biasa..tp agak kerap...mama jadi risau dan takut kembali. Tp bila tanya doc..doc cakap itu perkara biasa bg seseorang yang tidak pernah menggunakan usus dibahagian bawah. Dalam pada jaminan doc tu mama masih risau...sbb mama pernah rasa pengalaman ni masa abg ammar dulu...

Tanggal 6 mac 2007, kami 2 beranak dibenarkan pulang walaupun keadaan adib hakimi yang masih kerap buang air besar...doc bagi jaminan ia adalah perkara normal..dan mungkin mengambil masa 6 bulan utk pulih.Mama terpaksa terima jaminan dari doctor sbb die lagi tahu dari mama. Sekembalinya adib hakimi dari hospital keadaannya agak lemah sbb terlalu kerap berak... mama mmg sedih tp mama berpegang pada jaminan doc yg ia adalah normal.

8 mac 2007 - sebelum sarah dan ammar di hantar ke rumah pengasuh...mereka berperangai agak pelik..sarah nak sangat cium adik adib hakimi yang mana die tak penah buat sebelum ni. Tp abg ammar langsung tak nak pegang adiknye yang mana setiap hari sebelum die pergi rumah pengasuh adiknye la yg die cari dulu...tp hari tu mmg pelik...tp mama langsung tak perasan masa tu...rupenye hari tu lah merupakan hari terakhir mereka bertemu adik mereka. Adib hakimi pergi dengan sangat tenang tanpa mama ketahui die dah pergi...mama tidurkan die dan die terus dijemput ke syurga....mmg mama sedih lebih2 lg apila bedah siasat dibuat adib hakimi pergi bukan sbb penyakit yg die ada selama ni..adib hakimi pergi sbb ade masalah dengan paru2.Doctor cakap mayb doctor yang cek arwah terlepas pandang....mmg mama terkilan..tp inilah ketentuan yang mama harus terima...semuanya yang berlaku adalah penyebab sahaja tp yang sebenarnya semua nya dah ditentukan tiada siapa yang dapat tahan walau seminit ape jua yang akan berlaku...kun fayakun..

Ibu mana yang tak sedih...tp mama harus kuatkan semangat..ape yang pasti adib hakimi dah bahagia ketika ini...tak perlu sakit lagi seperti hayatnye..tuhan lebih menyayanginya lebih dari mama sayang kan Adib....Al-fatihah utk anak mama yang mama sangat rindui dan sayangi...

No comments: