Selepas 4 hari mama n bb di hospital serdang kami telah di pindahkan ke HKL utk rawatan yang lebih pakar. Dalam keadaan mama yang baru menjalani pembedahan mama kuatkan semangat utk menemani anak mama ke sana. Tp mama tak boleh nak stay di hospital sbb anak mama ditempatkan di wad icu yang hanya menempatkan bb2 sahaja. Bile masuk wad KK9 ni..baru dapat semangat yang sangat kuat sbb di situ masih ramai bb yang lebih teruk dari anak mama. Dan setiap hari juga mama kecut perut duk kat situ sbb ade saja ahli2 syurga yang dijemput.
Keadaan mama waktu tu mmg tak sama seperti ibu2 lain yang sedang dalam berpantang. Tiap2 hari mama berulang alik dari puchong ke KL utk jenguk anak mama. Walau pun mama belum ade peluang utk memeluk dan mendukung anak mama pada waktu tu disebabkan anak mama diletakkan dalam inkubator dan bantuan pernafasan oksigen masih disambungkan ke mulutnya.
Pembedahan pertama di aturkan utk adib hakimi sbb perutnya semakin membesar tetapi agak malang kerana pembedahan kurang berjaya dimana saluran ususnya masih tersumbat. Doc telah aturkan pembedahan yang kedua utk mengeluarkan usus yang baru. Jadi usus anak mama ni semakin pendek sbb doc akan potong lagi. Kali ke 2 pembedahan mengeluarkan usus di perut berjaya. Anak mama akan membuang najisnye melalui usus yang dikeluarkan diperut. Mula2 mama tgk mmg rase tak sanggup. Tp disebabkan insan yang mengalaminya adalah darah daging sendiri mama jadi kuat utk berdepan apa saja keadaan. Usus ni perlu di bersihkan setiap 1 jam..sbb dikhuatiri kulit sekelilingnya akan melecet. Najis beserta air dikeluarkan disitu jd kuman mudah tekumpul.
Macam2 dugaan ketika anak mama ditempatkan disitu sbb anak mama juga disahkan mengalami pnemonia iaitu jangkitan paru2. Ini mungkin disebabkan terlalu awal didedahkan dengan pembedahan jadi jangkitan kuman mudah sangat terkena. Anak mama juga disahkan merupakan bayi G6pd iaitu alah kepada kacang parang dan ubat2an tradisional seumur hidup. Mmg perit utk terima sume keadaan ni..tp mama perlu kuat sbb anak mama memerlukan kekuatan dari mama utk terus berjuang.
Hari demi hari keadaan anak mama beransur pulih...walau sedikit perubahannya tapi mama tetap bersyukur sbb ade perubahan positif pada keadaan anak mama.Pada tanggal 26hb jan 2007 iaitu bersamaan dengan tarikh hari lahir mama... anak mama dibenarkan pulang ke rumah utk pertama kali setelah dia dilahirkan sbb doc tak prefer tinggal lama2 dekat hospital sbb takut jangkitan kuman. Hati mama mmg gembira bercampur risau sbb mama akan menjaga sendiri anak mama yg mempunyai usus di luar. Boleh ke mama buat macam mane nurse2
dihospital buat...mama mmg tak yakin dengan diri sendiri waktu itu. Tp kene yakin jugak. Apapun mama kena buat yang terbaik utk anak mama ni. Tarikh utk pembedahan memasukkan kembali usus belum boleh ditetapkan sbb berat anak mama masih belum mengizinkan.
Setelah anak mama di bawa pulang kerumah...abg dan kakaknya sangat la excited sbb 1st time dapat pegang. Selalunye diorang dapat tgk dari jauh je...dari tingkap bilik icu..tupun buleh nampak badan yang dipenuhi wayar sahaja. kali ni derang dapat jumpe live adik derang. Yang paling excited is abang ammar la. Sayang betul die dengan adik die ni. Tp kakak sarah agak kurang sbb waktu tu die pun masih kecil tp sarah seolah2 faham keadaan adik die yg memerlukan perhatian lebih dari mama..die pandai bawa diri sendiri tanpa minta macam2 dari mama...
to be continued...
1 comment:
La bangga dengan ita, kuat semangat, dan Allah menguji orang yang tabah macam ita. Semoga hari akan datang lebih ceria.
Post a Comment