Anak-anak kami

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Third Birthday tickers

Monday, April 28, 2008

Balik Kampung...

Last friday kami balik bahau utk buat kenduri bacaan yaasin utk arwah anak kami Adib Hakimi. Kat kg mama ni bacaan yaasin hanya disertai oleh kaum wanita saja. Papa mula2 tekejut gak tgk sume org pompuan je datang...heheheh. Itula kampung mama.. banyak aktiviti yg di kuasai oleh org pompuan. Ingatkan tak ramai yang datang..sekali ramai jugak. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar... mama pun turut serta ikut makcik2 tu baca.

Lepas majlis kami pun sempat menziarahi pusara anak mama yang tersayang. Mama setiap kali teringat kat anak mama ni.. mama speechless... terus hilang idea nak tulis. Macam baru smlm mama melahirkan arwah. Kehadiran Adib Hakimi mmg tanpa dirancang... dan kepergian nye pun secara tiba2. Mama redha tp setiap ibu yang pernah kehilangan mcm mama akan terasa seperti mana yang mama rasa sekarang. Setiap memori tu tak pernah hilang seperti hilang nya Adib Hakimi dari mata mama. Setiap kali lepas solat nama Adib Hakimi tak pernah lekang dalam setiap doa mama. W'pun mama tau Adib Hakimi sangat bahagia di sana.. mama tetap merindui mu. Mama selalu bayangkan setiap kali mama sedekah Al-Fatihah utk arwah... Adib dapat banyak gula2 dan barang2 kesukaan Adib kat sana dan Adib tengah seronok berlari-lari, main-main dengan baby lain dan anak2 lain yang terus masuk ke sana. Semoga anak mama ni sangat2 bahagia di sana. Al-Fatihah...

Smlm masa nak balik dari kg.. Sarah plak tetiba je demam.. ni mesti kes main panas kat umah atuk la ni. Papa terus nak p klinik. So kami pun pegi juga la klinik kat area bahau tu. Lepas makan ubat tu Sarah terus tido... die ni mmg jenis yg kalau demam tido je..tak penah meragam. Kalau die rasa tak larat die tido je la.. tp kene bekepit dengan mama. Bile die rasa sihat sket..die main sekejap pastu kalau dah rasa sejuk2 badan terus nak baring.

Gambar2 sume tak clear.. hp kamera la katakan.

Ni adik sebelum demam..abg tido
Ni maksu tengah pakai baju adik... heheh.. mama kalau balik kg dapat rilek byk...sume nak handle derang.
Nila tokwan kesayangan Ammar... Tok wan pun mmg sayang betul kat Ammar..ikut je sume cakap abg ni...

No comments: